Shahrizat Yakin Kredibiliti SPRM Siasat Projek 1Azam


KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yakin dengan kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap projek penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam) yang dilaporkan media pada Selasa.

Bekas menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyakarat itu dalam satu kenyataan dua perenggannya di sini pada Rabu berkata siasatan itu menunjukkan bahawa SPRM telus menjalankan tugasnya sebagai sebuah badan bebas dan berkecuali.

Menurut laporan, SPRM menahan seorang bekas setiausaha politik kepada bekas menteri kabinet Jumaat lepas bagi membantu siasatan berkaitan satu projek di bawah program berkenaan.

Individu itu bagaimanapun dibebaskan pada Selasa setelah diambil keterangan. – BERNAMA

Posting Komentar