ATAS nama seni, banyak perkara luar biasa dilakukan manusia.
Namun tak semua boleh diterima masyarakat.
Di Prague, Republik Czech, satu kerja seni baru-baru ini menimbulkan kegemparan atau sekurang-kurangnya, membuatkan orang menoleh dua kali.
Ia adalah karya yang memaparkan seolah-olah seseorang dihempap oleh bangunan dan yang kelihatan cuma lengan dan sepasang kaki.
Kerja seni itu dilakukan oleh Italian Fra Biancoshock, yang memang terkenal dengan karya-karya arca yang agak berani.
Apabila ditanya maksud di sebalik karya tersebut, Biancoshock menegaskan ia tidak memerlukan penerangan.
Sebaliknya, ia dibuat dengan tujuan untuk ‘mengejutkan’ sesiapa sahaja yang lalu tidak kira sama ada mereka mempunyai pengetahuan tentang seni mahu pun tidak. – REM RAMZI
Posting Komentar