Seorang lelaki warganegara Malaysia ditahan ketika ingin memasuki Singapura di Pusat Pemeriksaan Woodlands awal pagi Jumaat disyaki menyeludup rokok.
Lelaki berusia 26 tahun itu didapati membawa 100 karton rokok pelbagai jenama disorok di bahagian speaker di belakang kereta sport dipandunya selepas ia ditemui oleh Pegawai Imigeresen dan Pemeriksaan (ICA).
Jumlah cukai yang perlu dibayar dengan penemuan itu dianggarkan benilai $7,700 Dollar Singapura.
Jika disabitkan kesalahan, lelaki itu boleh dikenakan denda 40 kali ganda dari nilai cukai rokok dirampas atau dihukum penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Kenderaan yang digunakan untuk penyeludupan juga boleh dirampas. – Channel NewsAsia
Posting Komentar