Salam semua,
Pasangan ternama Hollywood, Tom Cruise dan Katie Holmes dilaporkan bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Wakil Holmes memberitahu kepada majalah People bahawa penceraian itu berikutan masalah peribadi Katie dan ahli keluarganya.“Buat masa ini, Katie akan memberi tumpuan dan melakukan yang terbaik ke atas anak perempuannya,” katanya.
Cruise yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya ke-50 Selasa ini melangsungkan perkahwinan dengan Holmes di istana Itali pada November 2006 selepas mengisytiharkan perasaan cintanya kepada bekas bintang ‘Dawson’s Creek’ di ‘Oprah’.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Suri yang kini berusia enam tahun.Ini adalah perkahwinan pertama bagi Holmes dan ketiga bagi Cruise.