Rumah Dakwaan Donald Lim tidak berdasarkan fakta

Harakahdaily

  25 Okt 2012
KUALA LUMPUR: Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad berpandangan dakwaan Datuk Donald Lim tidak berdasarkan fakta, tidak cermat, mengelirukan dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang timbalan menteri.
 
Ini ekoran Donald Lim selaku Timbalan Menteri Kewangan yang juga Pengerusi MCA Negeri Selangor telah mendakwa di lobi Parlimen pada 22 Oktober lepas bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak membina rumah mampu milik.

Menurut Iskandar, rakyat sedia maklum akan projek-projek perumahan rumah mampu milik yang dibina di Negeri Selangor sama ada oleh kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri atau pemaju-pemaju swasta.

Katanya, kerajaan negeri sedia ada telah menggalakan pemaju-pemaju membina rumah mampu milik di kawasan-kawasan yang tidak sesuai untuk dibina rumah kos rendah atau di mana tidak ada permintaan untuk rumah kos rendah.

“Beberapa siri lawatan telah turut saya lakukan untuk projek-projek tersebut malah harga  jualan rumah mampu milik di Selangor adalah di antara RM85,000 hingga RM150,000 iaitu jauh lebih rendah dari projek rumah mampu milik kerajaan Persekutuan, Prisma yang dijual sehingga RM300,000.

“Walau bagaimanapun saya hanya akan mengumumkan senarai projek-projek rumah mampu milik yang sedang dibina dan yang telah diluluskan pada 1 November 2012 untuk memberi peluang kepada Datuk Donald untuk menarik balik dakwaan beliau,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan jika Donald Lim gagal, maka tidak ada pilihan lain selain daripada meletakkan jawatan.
template joomla

Dakwaan penipuan 6P kaitkan orang dalam kjaan

Malaysiakini sep 6 2013
  • Aidila Razak
 
EKSKLUSIF Ketika ribuan pekerja asing ditahan, ratusan aduan pula timbul berhubung dakwaan penipuan bernilai jutaan ringgit dalam program pemutihan pekerja asing 6P.

Oleh kerana mangsa penipuan dibekalkan dengan salinan dokumen daripada Jabatan Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri, ia dibimbangi melibatkan orang dalam kerajaan.

NONELaporan polis yang dibuat pada bulan lalu mendakwa, seorang agen sahaja mampu meraih lebih RM100,000 daripada sekumpulan 26 orang pekerja asing.

Bagaimanapun, pekerja yang diwawancara Malaysiakini-yang enggan namanya disebut-mendakwa, ia sebenarnya hanya sebahagian kecil daripada masalah yang lebih besar.

Mereka mendakwa, terdapat agen menipu kira-kira 200 pekerja asing sekitar kawasan Pudu, Kuala Lumpur sahaja.

Tenaganita, NGO yang beroperasi di Petaling Jaya mendakwa, seramai 690 orang pekerja asing melaporkan mereka ditipu oleh pelbagai agen 6P.

Bayaran RM4,000, pasport disimpan

Menurut laporan polis, agen mengenakan bayaran sekitar RM4,000 untuk setiap pekerja untuk mendaftar melalui program pemutihan itu.

Antara mereka, seorang pekerja asing wanita yang berkahwin dengan rakyat Malaysia-yang tidak termasuk dalam senarai agen sah kementerian-dilaporkan turut menyimpan pasport original pekerja yang mendaftar dengannya.

NONEEkoran kurang pendidikan dan tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeris-serta status baru tanpa dokumen-hanya 10 peratus tampil membuat laporan polis berhubung kesulitan mereka itu.

Pengarah Program Tenaganita Glorene Dass berkata, terdapat kemungkinan ribuan pekerja terjejas dengan penipuan agen, tetapi masih kurang jelas berapa yang ditahan dalam operasi yang sedang berjalan.

"Apabila mereka melaporkan kepada kami, kami berikan surat supaya mereka dapat tunjukkan kepada imigresen jika ditangkap.

"Dalam surat itu, kami minta pihak imigresen hubungi kami jika mereka ditahan kerana mereka sudah mengadu ditipu.

"Setakat ini kami tidak dihubungi imigresen, tetapi kami tidak tahu adakah ini bermaksud tiada pengadu yang ditahan."

Nasib yang ditangkap tak jelas

Glorene berkata, masih tidak jelas apa yang berlaku kepada pekerja asing yang ditangkap, sama ada didakwa dan dihukum atau dihantar pulang ke negara asal.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad dilaporkan berkata, jabatannyanya diarahkan membina pusat tahanan sementara di Selangor.

bangladesh foreign workers migrants 030108Antara 26 pekerja asing yang membuat laporan polis, seorang telah ditanggap Selasa lepas, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Malaysiakini pada minggu lalu menghantar e-mel kepada pegawai kementerian berhubung perkara itu dan masih menunggu jawapannya. Panggilan menggunakan nombor telefon yang disenaraikan di laman web juga belum berjaya.

Usaha portal yang berkali-kali menghubungi Jabatan Imigresen dan agen yang didakwa menipu itu juga menerima nasib sama.

Identiti agen dan pegawai kementerian dalam negeri yang didakwa terlibat tidak didedahkan buat masa ini bagi menunggu respon mereka.