Salam semua,
Selebriti Hollywood dan Fobia Mereka
Achluophobia (takut gelap), claustrophobia (takut tempat tertutup atau sempit/tak boleh melepaskan diri), xenophobia (takut orang asing). Ini semua ketakutan yang biasa. Namun tahukah anda apa itu ophidiophobia? Coulrophobia? Astraphobia?
Anda mungkin tidak tahu, namun para selebriti ini memilikinya.
Matt Damon takut ular (Ophidiophobia)
Apakah persamaan Matt Damon dan watak Indiana Jones? Mereka sama-sama takut pada ular. Malah Damon terlalu takut dengan ular ketika di set penggambaran filemnya "We Bought A Zoo" sehinggakan dia menjadi bahan usikan pelakon gandingannya, Scarlett Johansson dan hampir menangis!
Matthew McConaughey takut pintu putar (Claustrophobia)
Matthew McConaughey mungkin tidak mengakuinya, namun dia sebenarnya mungkin menghidapi claustrophobia berdasarkan rasa takutnya pada terowong dan juga pintu putar. Jelasnya, dia rasa risau setiap kali berada hampir dengan pintu putar. Mungkin dia takut pintu itu akan tersekat dan dia akan tersangkut di tengah-tengah.
David Beckham takut selerak (OCD)
David Beckham seorang yang sangat bersih sehinggakan dia sangat takut untuk menyelerakkan rumahnya. Semua barangnya disusun mengikut warna, bentuk dan saiz. Ia juga hanya disusun mengikut nombor genap. Dia mungkin penghidap gangguan obsesif-kumpulsif (OCD)
Christina Ricci takut pokok bunga
Jika anda ke rumah Christina Ricci, anda akan mendapati rumahnya tidak mempunyai pokok bunga. Ini kerana Ricci amat takutkan pokok bunga yang ditanam di dalam rumah, bukan kerana bunga atau batang pokoknya, tapi kerana dia merasakan tanah itu sesuatu yang kotor. Sesiapa pun boleh teka mana satu pilihan Ricci antara tanah perkuburan dan krematorium
Madonna takut guruh (Brontophobia)
Madonna sangat takut pada guruh, mungkin kerana guruh tidak peduli dengan popularitinya. Kalaulah Madonna tahu, bahawa apa yang lebih menakutkan dari guruh ialah melihat dia memakai spandeks pada usia 50-an.
Orlando Bloom takut khinzir (Swineophobia)
Bukan kerana H1N1, bukan kerana filem "Babe" dan bukan kerana kisah khinzir berfahaman komunis karya George Orwell dalam "Animal Farm". Namun begitu, pelakon British Orlando Bloom sangat takut pada khinzir sehinggakan dia dengan pantas melarikan diri apabila seekor khinzir terlepas dari kandangnya di set penggambaran filem "Kingdom Of Heaven".
Nicole Kidman takut rama-rama (Mottephobia)
Kehadiran rama-rama adalah tanda ada ramai orang akan datang ke rumah. Itu fahaman orang Melayu. Namun begitu, bukan itu sebabnya Kidman takut pada rama-rama. Dia mengakui, "Adakalanya bila saya balik dari sekolah, saya nampak ada kupu-kupu atau rama-rama besar hinggap di pagar rumah kami. Saya akan merangkak bawah pagar atau memanjatnya, tidak kisah apa cara sekalipun, asalkan saya tak perlu mendekatinya. Saya boleh terjun dari kapal terbang, saya boleh biar lipas memenuhi badan saya, apa saja, tapi saya tidak suka badan rama-rama yang berbulu."
Johnny Depp takut badut (Coulrophobia)
Dia pernah melakonkan begitu banyak watak yang aneh dan menyeramkan. Kalau hendak dibandingkan rupa Edward Scissorhands dengan badut sarkas, Edward lebih menyeramkan. Namun begitu,Depp memiliki cara yang lucu untuk mengatasi ketakutannya. Dia telah membeli begitu banyak koleksi badut dan membiasakan dirinya dengan semua badut-badut itu. Depp tidak pernah menjelaskan sama ada cara itu berhasil atau tidak.
Woody Allen takut semuanya (Pantophobia)
Woody Allen sememangnya ikon bagi semua penakut. Lihat saja rupanya yang nampak tidak berdaya dan mudah dibuli. Dia takut pada serangga, matahari, anjing, rusa, warna yang terang, kanak-kanak, ketinggian, bilik yang kecil, orang ramai, kanser dan entah apa lagi. Yang anehnya, Woody Allen tidak pula takut pada pendapat orang ramai. Kalau tidak, dia pasti tidak akan memikat anak angkat isterinya sendiri! [Yahoo]
Posting Komentar